<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d298988229292261628\x26blogName\x3dIstana+Zakirah\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bb2008-zakirah.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bb2008-zakirah.blogspot.com/\x26vt\x3d6172130529942527635', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
Tuesday, July 22, 2008 ' 10:53 PM
NE Show


Saya darjah lima. Tahun ini saya sudah pergi ke NE Show. Ia sangat menarik. Dengan bunga api yang ditunjukkan kepada saya, ia membuat NE Show itu lebih menarik dan seronok. Saya gembira dapat menonton NE Show itu bersama kawan-kawan saya. Mereka tidak berhenti tersenyum sejak NE Show itu bermula. Begitu juga dengan saya. Peserta yang membuat persembahan itu menunjukkan bahawa Singapura sangat penting. Saya harap mereka yang akan ke NE Show akan gembira dengan persembahan yang akan ditunjukkan dan saya pasti bahawa mereka akan gembira.


Pooh&Friends!



Tuesday, July 15, 2008 ' 2:25 AM
Apa yang saya suka tentang keluarga saya


Saya suka berada bersama keluarga saya. Mereka membuat saya berasa tenang dan aman. Ibu dan bapa saya mendidik dan menjaga saya sejak kecil lagi. Abang, kakak dan adik saya menolong satu sama lain. Mereka adalah keluarga yang terbaik di dalam dunia ini. Saya bersyukur kerana mendapat keluarga seperti mereka. Mereka selalu menyokong saya. Saya harap kebahagiaan kami tidak akan ke mana-mana. Alhamdulillah...


Pooh&Friends!



' 1:24 AM
Pengalaman perkhemahan saya


Saya dapat melalui pengalaman perkhemahan yang cukup memuaskan. Aktiviti- aktiviti yang diadakan ialah Gladiator, Water Rafting,Dicuri dan Campfire. Kami sepatutnya mengadakan Amusing Race. Tetapi, ia hujan pada hari itu. Antara aktiviti-aktiviti itu, saya paling suka Campfire. Kami dapat menyanyi dan menari, mendengar kawan-kawan kami menyanyi dan menari dan instruktor-instruktor kami menyanyi dan menari. Saya juga suka Dicuri. Insruktor kami akan memilih ketua kumpulan kami dan mereka akan disembunyikan. Kami harus melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dan kami juga harus memilih nombor yang mengandungi kunci di dalam kotak. Selepas mempunyai dua kunci, kami harus mencari ketua kumpulan kami. Di Gladiator, kami harus mencampak plastik yang diisi dengan air dan mencampak kepada anggota kumpulan yang lain. Kami dapat mencampak hanya ke badan mereka. Jika kami mencampak ke muka anggota yang lain, kami akan tersingkir. Kami harus mengikat tiga boyah dengan tali rafiah dan memakai jaket keselamatan di Water Rafting. Kami juga harus mengayuh memakai tangan kami apabila membaring di boyah itu. Kami akan berganti-ganti memain permainan itu. Saya berasa sungguh gembira.


Pooh&Friends!



' 1:04 AM
Keluarga saya


Saya ada 6 anggota keluarga termasuk saya. Mereka adalah ibu dan ayah saya, abang dan kakak saya, saya dan juga adik saya yang nakal itu. Mereka adalah hidup saya. Ibu saya akan menolong saya membuat kerja rumah saya kalau saya tidak tahu. Begitu juga dengan abang dan kakak saya. Ayah dan ibu saya bekerja untuk memberi wang untuk perbelanjaan kami. Adik saya akan bermain dengan saya apabila kami ada masa lapang. Mereka semua memain peranan yang amat penting bagi saya.Begitu juga dengan nenek dan atuk saya yang menjaga adik saya dan saya apabila ibu dan ayah saya bekerja. Mereka tinggal sebumbung dengan saya. Saya berasa gembira dapat keluarga seperti mereka.


Pooh&Friends!



Sunday, July 13, 2008 ' 12:27 AM
CCA


CCA saya ialah Tarian Melayu, Floorball dan juga Touch Rugby. Tarian Melayu setiap hari jumaat. Touch Rugby pula setiap hari rabu dan Floorball hari selasa. Tarian Melayu memerlukan kelembutan apabila menari. Tetapi, Touch Rugby memerlukan orang yang berani. Floorball membuat saya berasa gembira kerana saya dapat bersama kawan-kawan saya. Saya hendak berterima kasih kepada ALLAH kerana saya dapat hidup yang hebat. Saya berasa untung apabila memilih semua aktiviti ini sebagai CCA saya. CCA saya menarik dan juga menyeronnokkan.


Pooh&Friends!



Thursday, July 10, 2008 ' 9:19 PM
Sayangilah mereka


Saya sangat... sayang kepada keluarga saya. Ibu bapa saya sudah menjaga saya selama 11 tahun. Mereka bersusah-payah menjaga minuman dan makanan saya sejak saya dilahirkan. Saya bersyukur kerana dapat ibu bapa yang sangat menyayangi saya dan mereka menjaga saya dengan baik. Ibu saya akan menolong saya kalau saya tidak tahu membuat kerja sekolah saya. Ibu bapa saya bekerja untuk memberi wang untuk perbelanjaan keluarga saya. Sebab itulah saya sangat... sayang keluarga saya.


Pooh&Friends!



' 9:02 PM
Amalan keluarga saya


Amalan keluarga saya adalah untuk berkelah bersama-sama. Saya berasa gembira kerana saya dapat berkeluar bersama keluarga tersayang. Bergurau juga satu-satunya amalan keluarga saya. Keluarga saya juga akan mengajak saudara-saudara saya untuk berkelah bersama. Kami akan bermandi di laut, bermain basikal bersama dan juga makan bersama-sama. Saya harap suatu hari nanti keluarga saya bercadang untuk ke Kuala Lumpur bersama dengan saudara-saudara saya.


Pooh&Friends!



' 4:46 AM




Inilah kawan-kawan dan keluarga saya. Saya sangat sayangi mereka. Saya harap saya akan dapat berjumpa dengan mereka setelah tamat sekolah rendah. Saya juga harap mereka akan menjalani hidup yang bahagia...








Pooh&Friends!



' 3:51 AM
Kawan Baik Saya


Nama kawan baik saya ialah Nur Aqilah Atasha. Dia adalah kawan saya yang paling...rapat dengan saya. Kami berkenalan sejak darjah satu. Saya hendak berterima kasih kepadanya. Saya juga hendak berterima kasih kepada Iffah. Iffah adalah satu-satunya kawan karib saya. Begitu juga dengan Putri, Amalia, Daniela dan ramai lagi. Saya ialah seorang yang tidak suka bermusuhan. Saya hendak meminta maaf kepada sesiapa jikakalau saya sudah membuat mereka kecil hati. Kawan-kawan saya kesemuanya bertanggungjawab. Sekali lagi saya memohon maaf kalau saya tersilap kata atau pernah sakiti hati kamu...


Pooh&Friends!



Wednesday, July 9, 2008 ' 8:57 PM
Menjaga nama baik negara


Menjaga nama baik negara amat penting bagi saya. Saya menjaga nama baik negara saya dengan memberitahu perkara-perkara yang baik tentang Singapura. Saya selalu merasakan bahawa Singapura ialah satu-satunya negara yang aman. Saya selalu berasa tenang di Singapura. Saya akan membantu menjaga nama baik negara dengan tidak membuang sampah di sembarangan tempat. Saya juga berasa selamat di Singapura. Saya tidak akan mencaci negara yang lain kerana jika saya di dalam tempat mereka dan negara saya dicaci, saya juga akan berasa marah. Jadi, saya tidak akan mencaci negara yang lain dan amat menghargai kalau tidak ada orang yang akan mencaci negara saya.


Pooh&Friends!







Disclaimer
Rules here !

Welcome to http:/bb2008-zakirah.blogspot.com :D
Selamat Membaca!
Ingat untuk berkomen.

Katakanlah!
=D

Shoutbox/Cbox here!


Zakirah.
=D

Intro:D

Kawan-kawan sejati
Aqilah.Iffah.Izzati.

baby pooh
Msn: Add me!
Friendster: LALA ADD ME!
Blogskin: Blogskins

Aku ingin...
lulus dalam peperiksaan

berjaya dalam hidup.


Ingat untuk berkomen


June 2008
July 2008

Connections
Escapes:D


Selamat Datang!
=D

Istana Zakirah


Credits
Thanks To

Designer: girlrulzcool(:
Image hosting: Photobucket
Image from: Here:D
Tagboard: Cbox
Music: Imeem
Others: x , x , x , x
Image edit from Adobe Photoshop CS2
Image: Photobucket
Author: yourNAME(: